Dalam sukan, selain daripada jenis permainan serta atlet yang bertanding, terdapat satu watak yang amat penting iaitu pengulas.
Pengulas bertindak memberikan gambaran serta ulasan tentang apa yang terjadi. Dengan mengadunkan lenggok bahasa puitis serta terma-terma teknikal mengenai sukan tersebut, pengulas akan memastikan penonton tidak bosan melihat aksi yang dilangsungkan.
Itulah tugas yang perlu dilakukan oleh Aiman Roshizam, sebahagian daripada generasi baharu pengulas sukan di Malaysia di samping nama-nama lain iaitu Wan Khairil Azwa, Syafiq Asyraf Zulkarnain dan Aizuddin Nizam Shah.